KUANTAN, 31 Mei (Bernama) -- Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Hari Wesak kepada seluruh penganut agama Buddha.
Menerusi hantaran di Facebook Kesultanan Pahang, baginda berdua menzahirkan harapan agar sambutan itu dapat menyemarakkan nilai kasih sayang, keharmonian, toleransi dan saling menghormati dalam kalangan masyarakat berbilang kaum serta agama di negeri Pahang dan negara.
“Baginda berdua turut menzahirkan harapan agar sambutan Hari Wesak menjadi ruang untuk memperkukuh perpaduan, persefahaman dan semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat, selaras dengan prinsip saling menghormati yang menjadi tunjang kepada kestabilan dan kemakmuran negara,” menurut kenyataan itu.
Hantaran itu memaklumkan Sultan Pahang dan Tengku Ampuan Pahang turut mendoakan agar seluruh rakyat Pahang dan Malaysia terus dikurniakan kesejahteraan, keamanan serta kehidupan yang harmoni dalam suasana masyarakat majmuk yang bersatu padu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial