Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Hayati Nilai Luhur Hari Wesak, Tangkis Hasutan Kebencian - Anwar

31/05/2026 01:19 PM

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk merenung nilai-nilai luhur yang menjadi asas kehidupan bermasyarakat bersempena dengan sambutan Hari Wesak hari ini.

Beliau berkata nilai-nilai tersebut khususnya kebijaksanaan, kesederhanaan, ihsan dan kasih sayang sesama insan, bukan sahaja diraikan dalam tradisi keagamaan malah terus relevan dalam membina sebuah masyarakat yang saling memahami dan menghormati.

Anwar berkata dalam negara yang rencam budaya, agama serta latar kehidupan, nilai cinta, ihsan dan kasih sayang yang diangkat ketika sambutan Wesak, memberi makna mendalam tatkala wujud kelompok yang cuba menyalakan api permusuhan antara kaum dan agama.

Ad Banner
Ad Banner

“Saya percaya penyebaran cinta dan kasih sayang akan menenggelamkan hasutan kebencian, menjernihkan prasangka serta memperkukuh hormat dan persefahaman, yang menjadi asas kepada keharmonian dan perpaduan negara,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Perdana Menteri turut berharap agar sambutan Hari Wesak tahun ini dapat membawa ketenangan, kesejahteraan dan kebahagiaan kepada penganut Buddha di Malaysia.

Beliau berkata sambutan itu juga wajar menjadi titik tolak untuk terus menyemarakkan nilai kemanusiaan, yang menyatukan rakyat sebagai sebuah bangsa yang beradab dan bermaruah.

Hari Wesak diraikan oleh penganut Buddha di seluruh dunia bagi memperingati tiga peristiwa penting dalam kehidupan Siddharta Gautama iaitu kelahiran, pencerahan dan kematian beliau.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan