Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Grab Iktiraf Peranan Rakan Pemandu, Penghantar Melalui Program Penghargaan Rakan Grab 

23/05/2026 03:03 PM

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Grab Malaysia (Grab) mengiktiraf peranan penting rakan-pemandu dan penghantarnya menerusi penganjuran program tahunan Penghargaan Rakan Grab dengan mengagihkan baucar barangan runcit dan petrol kepada rakan Grab yang hadir.

Grab dalam satu kenyataan memaklumkan program yang diadakan hari ini dengan kerjasama Central Mart itu adalah sebahagian daripada inisiatif yang lebih luas bertujuan membantu meringankan tekanan kos sara hidup rakan penghantar.

Inisiatif berkenaan juga dilaksanakan seiring dengan usaha negara dalam membantu meringankan beban ekonomi rakyat Malaysia.

Ad Banner
Ad Banner

Pengarah Kanan Grab Malaysia Rashid Shukor berkata Grab komited memperkasa ekonomi rakyat menerusi pelbagai alatan dan program yang membantu rakan penghantar membina peluang pendapatan jangka panjang yang berdaya tahan.

“Kami menawarkan sebuah platform yang membolehkan semua orang untuk terus maju. Melalui inisiatif jangka pendek seperti baucar yang memberi kelegaan kepada rakan Grab dalam persekitaran ekonomi mencabar, kami berhasrat untuk memastikan ekonomi gig terus kekal sebagai ekosistem pendapatan yang berdaya maju dan mampan untuk semua rakyat,” katanya.

Rashid berkata antara alatan yang diperkenalkan ialah AI Ride Guide, insentif baharu yang dipertingkatkan bagi membantu rakan penghantar memaksimumkan pendapatan dan kecekapan operasi.

Katanya, alatan itu menyediakan maklumat permintaan masa nyata, mengoptimumkan laluan perjalanan dan membolehkan rakan penghantar menjana pendapatan secara cekap di samping mengekalkan fleksibiliti operasi.

“Pendekatan ini juga memperkasa peluang pendapatan wanita, yang sering mempunyai pilihan terhad untuk menjana pendapatan kerana kajian pada 2026 mendapati 74 peratus rakan wanita Grab melaporkan tahap kebebasan kewangan yang lebih baik melalui platform ini,” katanya.

Rashid berkata Grab turut menyokong rakan penghantar melalui GrabBenefits yang merangkumi perlindungan insurans kemalangan peribadi, caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan inisiatif penjimatan kos harian, serta program peningkatan kemahiran melalui GrabAcademy, dengan lebih daripada RM10 juta telah dilaburkan sepanjang 2025.

“Penting bagi Grab melaksanakan usaha ini dengan betul kerana ia merupakan teras utama dalam pendekatan kami. Sebagai sebuah syarikat berpaksikan misi, kami menilai kejayaan bukan sahaja melalui pertumbuhan malah menerusi impak sosial yang positif dan berpanjangan dalam komuniti yang kami layani.

“Teknologi yang disertai dengan semangat ehsan dapat memperkasakan para rakan (penghantar) kami untuk memanfaatkan ekosistem yang telah kami bina bagi menjana pendapatan dan membina masa depan yang lebih baik, berteraskan sokongan menyeluruh, keselamatan, pendapatan mampan dan peningkatan kemahiran,” kata Rashid.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan