Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Seorang Maut, Tiga Cedera Tong Gas Helium Meletup

21/05/2026 10:34 PM

SUNGAI PETANI, 21 Mei (Bernama) -- Seorang maut manakala tiga lagi cedera dalam kejadian letupan sebuah tong gas helium di tapak ekspo berdekatan sebuah pasar raya dekat sini hari ini.

Komander Operasi yang juga Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani Timbalan Penguasa Bomba II Siti Norafiza Mohd Noh berkata pihaknya menerima panggilan menerusi sistem NG 999 pada 7.52 malam tadi.

“Letupan dipercayai melibatkan satu unit tong gas helium yang digunakan untuk mengisi belon kanak-kanak bagi tujuan perniagaan.

Ad Banner
Ad Banner

“Setakat ini, seorang lelaki berusia 42 tahun dikenali sebagai Azmi Ahmad dilaporkan meninggal dunia manakala tiga lagi mangsa termasuk remaja lelaki berusia 15 tahun dilaporkan mengalami kecederaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi masih berjalan di lokasi dan dijangka berlaku pertambahan bilangan mangsa yang mengalami kecederaan.

-- BERNAMA

Ad Banner


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan