Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

PM Anwar Hargai Komitmen Parti Gabungan Kerajaan MADANI Kekal Hingga Tamat Penggal - Fahmi

20/05/2026 03:57 PM

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan penghargaan kepada parti-parti gabungan dalam Kerajaan MADANI atas komitmen mereka untuk terus kekal bersama sehingga berakhir penggal pentadbiran kerajaan.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata penghargaan itu dizahirkan perdana menteri semasa mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, khususnya kepada Barisan Nasional (BN), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Komitmen ini mencerminkan keutamaan yang diberikan kepada kepentingan rakyat dan negara, sekali gus membolehkan kerajaan memberi tumpuan penuh kepada usaha menangani cabaran ekonomi susulan krisis di Asia Barat serta memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara,” katanya.

Ad Banner
Ad Banner

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata demikian pada sidang media mingguan pasca Mesyuarat Jemaah Menteri di Angkasapuri di sini hari ini.

Sementara itu, Fahmi berkata Jemaah Menteri turut menghargai inisiatif Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) melaksanakan kaji selidik bagi mengenal pasti cabaran dan isu khusus yang dihadapi pelbagai sektor dan industri dalam kalangan ahlinya.

Beliau berkata dapatan kaji selidik berkenaan akan membantu kerajaan merangka serta menyelaraskan pelbagai inisiatif secara lebih strategik, berfokus dan berkesan.

Ad Banner
Ad Banner

“Langkah ini penting bagi memastikan isu serta permasalahan industri dapat ditangani secara menyeluruh, tuntas dan mampan,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan