Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

KPDN Sasar Tingkatkan Kesedaran Hak Pengguna Kepada 70 Peratus - Fuziah

18/05/2026 05:43 PM

JOHOR BAHRU, 18 Mei (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berhasrat untuk meningkatkan pencapaian penanda aras tahap pengetahuan dan kebijaksanaan pengguna kepada 70 peratus, berbanding 63 peratus ketika ini.

Timbalan Menterinya Datuk Dr Fuziah Salleh berkata sasaran Indeks Pendayaupayaan Pengguna atau Consumer Empowerment Index (CEI) itu mampu dicapai menerusi pelbagai program kesedaran yang digerakkan secara bersama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pengguna di seluruh negara.

"Kita mahu mereka menjadi pengguna bijak, memahami bahawa mereka boleh buat pilihan...pengguna boleh buat pilihan bukan hanya mengharapkan kerajaan buat segalanya tetapi terlibat sama dalam mengatasi cabaran geopolitik," katanya. 

Ad Banner
Ad Banner

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Advokasi Dasar Pengguna Negara (DPN) 2.0 dan Bual Bicara Pengguna di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengarah KPDN negeri Lilis Saslinda Pornomo.

CEI mengukur tahap pengetahuan, kemahiran dan keyakinan pengguna untuk menilai sejauh mana pengguna di negara ini memahami hak mereka dan mampu membuat keputusan pembelian yang bijak.

Mengenai program hari ini, Fuziah berkata ia diadakan bagi memperkasa pengguna agar lebih bersedia menghadapi cabaran ekonomi global.

Ad Banner
Ad Banner

Beliau berkata DPN 2.0 mempunyai lima teras, antaranya menumpukan kepada usaha memperkasa pengguna supaya lebih memahami realiti ekonomi semasa dan mampu mengambil langkah proaktif mengurus perbelanjaan terutama ketika kenaikan kos barangan susulan krisis bekalan global. 

“Usaha itu dijayakan menerusi Skuad Kita Pengguna (SKiP) yang ditubuhkan KPDN sebagai medium penyampaian maklumat yang tepat kepada masyarakat,” katanya sambil memaklumkan setakat Mac lepas, 32,660 ahli SKiP berdaftar di seluruh negara dengan 18 program latihan kesedaran pengguna dilaksanakan

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan