KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Kerajaan akan terus memberi tumpuan penuh kepada usaha memperkasa ekosistem sains, teknologi dan inovasi (STI) bagi memastikan Malaysia mampu mendepani cabaran kewangan serta ketidaktentuan rantaian ekonomi global susulan konflik di Asia Barat.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau menekankan perkara itu ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Sains Negara (MSN) Bilangan 1 Tahun 2026 hari ini.
Beliau berkata pelaksanaan beberapa inisiatif berasaskan misi diyakini mampu mengoptimumkan sumber, merangsang pertumbuhan ekonomi mampan serta memacu pembangunan berteraskan inovasi dan teknologi bernilai tinggi.
"Selari dengan tekad untuk menjadikan STI sebagai pemacu utama penyelesaian ekonomi negara, setiap perancangan dan pelaksanaan mesti digerakkan secara lebih strategik dan berkesan," kata beliau menerusi hantaran di laman Facebook.
Anwar berkata pendekatan itu amat penting khususnya dalam memperkukuh sinergi strategik antara Kerajaan MADANI, sektor swasta serta institusi penyelidikan dan pembangunan (R&D) demi memastikan hasil penyelidikan dapat diterjemah kepada manfaat nyata buat rakyat dan negara.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial