DUNIA > BERITA

EU Kongsi Pandangan Sama Dengan Malaysia Berhubung Isu Palestin - Duta

11/05/2026 10:21 PM

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Kesatuan Eropah (EU) berkongsi pandangan yang sama dengan Malaysia berhubung isu Palestin, kata Duta Kesatuan Eropah ke Malaysia Rafael Daerr.

Beliau berkata EU telah membelanjakan 12 bilion euro dalam bentuk bantuan dan sokongan teknikal untuk Palestin.

"Malaysia jelas berdiri teguh dalam isu Palestin dan begitu juga EU," katanya dalam ucapan pada Majlis Resepsi Hari Eropah di sini, pada Isnin.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mewakili Kerajaan Malaysia pada majlis berkenaan.

Menurut Daerr, 27 negara anggota EU mempunyai komitmen bersama terhadap keamanan.

EU juga bersedia untuk terus maju dalam memperkukuh perkongsiannya dengan Malaysia dalam semua sektor, kata Daerr.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan