Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Individu Disekat Akaun, Kandungan Media Sosial Diturunkan Disaran Buat Tribunal Rayuan

10/05/2026 01:42 PM

KULAI, 10 Mei (Bernama) -- Kementerian Komunikasi menyarankan kepada mana-mana individu yang dikenakan sekatan akaun atau penurunan kandungan dalam media sosial supaya membuat rayuan menerusi Tribunal Rayuan Komunikasi dan Multimedia dan Keselamatan Dalam Talian.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata tribunal berkenaan dipengerusikan oleh hakim daripada Mahkamah Tinggi bersama sekurang-kurangnya dua ahli tribunal. 

“Ini satu tribunal rayuan secara ad hoc yang bukan dipengerusi ataupun didengar oleh pegawai daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), tetapi hakim daripada Mahkamah Tinggi yang mendengar sebarang rayuan ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Sumbangan Murid Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Peringkat Parlimen Kulai, di sini hari ini.

Ad Banner
Ad Banner

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan yang perlu dilakukan sekiranya seseorang individu itu dikenakan sekatan akaun media sosial. 

Sehubungan dengan itu, Teo menggalakkan orang ramai untuk menggunakan saluran berkenaan sekiranya menghadapi masalah berkenaan.

Terdahulu, Teo yang juga Ahli Parlimen Kulai berkata setakat ini sebanyak RM5.4 juta telah diperuntukkan untuk sektor pendidikan di bawah parlimennya dari 2022 sehingga tahun lepas.

Ad Banner
Ad Banner

Peruntukan itu, disalurkan kepada sekolah-sekolah di bawah kerajaan pusat.

“Secara tuntasnya, setiap sekolah di bawah Parlimen Kulai, saya telah bertanggungjawab salur peruntukan sewajarnya, permohonan yang lengkap akan dipertimbangkan dengan baik,” katanya.

Beliau berkata peruntukan itu, antaranya meliputi sumbangan untuk 432 pelajar cemerlang SPM dengan keseluruhan peruntukan berjumlah RM555,661 dalam tempoh sama.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan