Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Kongres Pendidikan Bumiputera: Kerajaan Disaran Wujud Akta Pantau Kualiti TVET

01/05/2026 01:56 PM

KUALA LUMPUR, 1 Mei (Bernama) -- Kerajaan disarankan supaya menggubal Akta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang khusus, bagi memantau dan menyelaraskan kualiti sistem pendidikan itu secara lebih sistematik dan berkesan.

Pengerusi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) Prof Emeritus Datuk Seri Dr Zaini Ujang berkata penggubalan akta berkenaan, mampu memberi anjakan sistem yang besar bagi memperkasakan pelaksanaan TVET di negara ini.

“Kalaulah kita ada akta yang khas, secara tidak langsung kita akan monitor (TVET). Ini akan jadi big shift  yang akan berlaku dari segi sistem,” katanya ketika membentangkan kertas kerja pada Kongres Pendidikan Bumiputera 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini hari ini.

Ad Banner

Zaini berkata keperluan terhadap pengukuhan sistem itu amat kritikal, memandangkan kualiti graduan teknikal Malaysia kini sudah mula mendapat pengiktirafan tinggi dan menjadi rebutan pada peringkat antarabangsa.

Beliau berkata tinjauannya ke 15 buah negara tahun lepas, membuktikan bahawa graduan TVET negara mempunyai kelebihan untuk menembusi pasaran kerja di negara maju seperti Jepun dan Korea Selatan.

Selain sektor teknikal, Zaini berkata graduan perubatan tempatan turut membuktikan kehebatan sistem pendidikan negara, apabila diberikan ruang berkhidmat di hospital-hospital di United Kingdom serta Australia.

Ad Banner
Ad Banner

Beliau berkata pengiktirafan global ini, menjadi bukti bahawa kualiti pendidikan Malaysia kini setanding dengan negara-negara maju, sekali gus menuntut perubahan paradigma dan institusi yang lebih progresif melalui pengukuhan perundangan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan