Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Belia Harus Berperanan Sebagai Agen Perubahan - Dr Wan Azizah

25/04/2026 01:47 PM

KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Golongan belia di negara ini perlu berperanan sebagai agen perubahan yang berupaya membawa nilai positif dalam masyarakat demi menjamin pembangunan negara yang holistik dan mampan.

 Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata bagi mencapai matlamat itu, golongan muda harus membina jati diri yang kukuh serta berfikiran kritis bagi mempersiapkan diri mendepani cabaran masa depan.

“Belia perlu sentiasa berusaha untuk meningkatkan kapasiti diri dalam pelbagai bidang,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Belia Wilayah Persekutuan 2026 yang dihadiri 160 pemimpin dan penggerak belia dari Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan di sini hari ini.

Ad Banner

Dr Wan Azizah yang juga isteri Perdana Menteri turut menyeru golongan belia memanfaatkan setiap platform pembangunan sedia ada untuk membina kerjasama strategik yang memberi manfaat secara langsung kepada komuniti.

“Gunakan peluang ini untuk membina jaringan, bertukar pandangan serta merancang kerjasama strategik yang mampu memberi manfaat kepada komuniti. 

“Penglibatan aktif dalam organisasi dan program pembangunan bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran kepimpinan malah membentuk keperibadian yang seimbang serta berdaya saing,” katanya.

Ad Banner

Pada majlis itu, Dr Wan Azizah turut merasmikan program “Penggerak Belia Wilayah Persekutuan” bersempena dengan Hari Belia Negara Peringkat Wilayah Persekutuan dan Majlis Belia Kawasan Bandar Tun Razak.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan