KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan status cuaca panas Tahap 1 atau kategori berjaga-jaga bagi 10 kawasan melibatkan Perlis, Kedah dan Kelantan.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan yang terlibat ialah seluruh negeri Perlis manakala di Kedah melibatkan kawasan Pokok Sena, Padang Terap, Pendang dan Sik.
Bagi Kelantan, kawasan terlibat ialah Machang, Kuala Krai, Pasir Mas, Jeli dan Tanah Merah.
Menurut MetMalaysia, status Tahap 1 atau berjaga-jaga dikeluarkan apabila suhu maksimum harian di sesuatu kawasan mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius untuk sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
Orang ramai boleh merujuk laman web rasmi jabatan itu di https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai status cuaca panas harian di seluruh negara.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial