Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Murid Perlu Dididik Jaga Kebersihan Tandas Di Sekolah, Elak Wujud Jurang Kelas - PM Anwar

17/04/2026 03:45 PM

CYBERJAYA, 17 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan semua murid perlu dididik supaya bertanggungjawab menjaga kebersihan, termasuk membersihkan tandas sekolah, bagi memupuk nilai disiplin dan mengelakkan tanggapan wujud perbezaan kelas dalam masyarakat.

Beliau berkata semua murid tanpa mengira latar belakang harus dididik untuk menghargai setiap jenis pekerjaan serta memahami bahawa menjaga kebersihan adalah tanggungjawab bersama.

"Tadi, dalam acara anak-anak sekolah, saya tanya sama ada guru-guru sudah mula meminta murid membersihkan sekolah dan tandas. Ramai jawab sudah mulai, tetapi saya faham ada juga beberapa ibu bapa yang meminta anak-anak mereka membuat bantahan di media sosial.

Ad Banner

"Jadi saya nak bagi nasihatlah...semua anak-anak kita ini tanpa kecuali, bukan golongan bangsawan semua. Semua kita dalam tanggungjawab, tandas kita guna, kita bersihkan," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Bomba Cyberjaya, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu bantahan segelintir ibu bapa di media sosial terhadap amalan melibatkan murid dalam aktiviti membersihkan tandas dan kawasan sekolah.

Anwar turut menyeru ibu bapa supaya memberi kerjasama dalam mendidik anak-anak agar menghargai setiap jenis pekerjaan dan tidak memandang rendah tugas membersihkan kawasan sekolah.

Ad Banner

"Saya tidak fikir itu terlalu rumit dan saya minta ibu bapa bagi kerjasama, latih anak-anak menilai semua kerja. Jangan dianggap itu kerja tukang cuci..., jadi dia macam mengesahkan ada kelas dalam masyarakat," katanya.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan