Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Kerajaan MADANI Kekal Fokus Angkat Martabat, Kebajikan Rakyat Kelantan - PM Anwar

20/04/2026 03:12 PM

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Kerajaan MADANI kekal fokus untuk terus mengangkat martabat serta kebajikan rakyat Kelantan secara menyeluruh dari aspek pengangkutan, pendidikan, pembangunan sehingga kepada pemerkasaan institusi keagamaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usaha itu digerakkan dengan tekad yang jelas agar tiada rakyat tercicir dan setiap lapisan masyarakat dapat menikmati kemakmuran serta kesejahteraan adil dan saksama.

“Moga sinergi antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri terus diperkukuh demi memastikan setiap agenda pembangunan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan memberi manfaat nyata kepada rakyat selayaknya,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook dan X hari ini.

Ad Banner

Anwar yang melakukan lawatan kerja ke Kelantan pada Sabtu lepas, merasmikan terminal baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) selain menghadiri Mesyuarat Pembangunan Daerah Pasir Puteh.

Perdana Menteri turut menghadiri sesi ramah mesra dan lawatan ke Masjid Gong Chapa, Pasir Puteh.

-- BERNAMA

Ad Banner


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan