Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

PDRM Kerjasama Dengan Pihak Berkuasa Thailand Kesan Zamri Vinoth, Tamim Dahri

14/03/2026 06:41 PM

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Pegawai perhubungan keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Thailand sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand bagi mengesan penceramah bebas Zamri Vinoth dan aktivis Tamim Dahri yang dipercayai melarikan diri ke negara itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M. Kumar berkata polis sedang giat menjejaki kedua-dua individu terbabit bagi membawa mereka pulang untuk menghadapi pertuduhan di mahkamah.

“Pemeriksaan mendapati mereka dikesan keluar dari negara ini melalui jalan sah ke Thailand dan PDRM sedang menggunakan peruntukan undang-undang yang ada bagi membawa pulang mereka untuk dituduh,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Siasatan terhadap Zamri berhubung kenyataannya pada perhimpunan di ibu negara pada 7 Feb lepas telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara (AGC). 

AGC kemudian mengeluarkan arahan pertuduhan melibatkan Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang mendatangkan khianat awam dengan niat hendak menyebabkan atau mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam.

Selain itu, siasatan terhadap Zamri berhubung kenyataan berbaur penghinaan terhadap kaum India telah dirujuk ke pejabat pendakwaan Pulau Pinang dan arahan pertuduhan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Sementara itu, kertas siasatan melibatkan Tamim berhubung tindakan merosakkan soolam yang menjadi simbol suci bagi agama Hindu di tapak lama kuil di Langkawi, Kedah telah dirujuk ke pejabat pendakwaan Kedah dan arahan pertuduhan di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan