Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

PDRM Umum Pertukaran Tiga Pegawai Kanan, Aida Abdul Hamid Dilantik Pengarah JIPS

09/03/2026 03:56 PM

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran tiga pegawai kanan melibatkan jawatan pengarah dan timbalan pengarah di Bukit Aman.

Setiausaha Polis Malaysia DCP Abdul Rahman Kassim berkata pertukaran itu melibatkan Datuk Aida Abdul Hamid, DCP Redzuan Abd Hamid dan Datuk Suryani Sungit.

“Timbalan Pengarah (Kepolisan Am/Kepolisan Komuniti) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman Datuk Aida Abdul Hamid dilantik sebagai Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman dengan memangku pangkat Pesuruhjaya Polis (CP).

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Timbalan Pengarah (Teknikal/Operasi) Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman DCP Redzuan Abd Hamid pula dilantik sebagai Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman dengan memangku pangkat CP,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Abdul Rahman berkata Timbalan Pengarah (Pematuhan Standard) JIPS Bukit Aman Datuk Suryani Sungit pula dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Kepolisan Am/Kepolisan Komuniti) JPJKK Bukit Aman.

--BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan