Ad Banner
 AM > BERITA

Laporan Akhir Kebolehlaksanaan Projek Keretapi Trans-Borneo Dijangka Siap Pertengahan 2026

03/03/2026 06:38 PM

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Laporan akhir kebolehlaksanaan projek Keretapi Trans-Borneo dijangka siap pada pertengahan tahun ini selepas sesi penglibatan tambahan dengan pihak berkepentingan di Sabah dan Sarawak, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau berkata sekiranya cadangan projek itu dilaksanakan, ia dijangka mengambil masa berpuluh tahun untuk direalisasikan.

Bagaimanapun, katanya amat penting agar rancangan jangka panjang disediakan sekarang sebagai ‘batu asas’ projek itu.

Ad Banner
Ad Banner

“Saya baru saja menerima taklimat awal berkenaan laporan interim kebolehlaksanaan projek Keretapi Trans-Borneo dan saya menasihati pihak perunding untuk mengambil kira pelan ekonomi Kerajaan Sarawak dan Sabah.

“Ini untuk memastikan jajaran-jajaran dicadangkan benar-benar boleh menjadi pemangkin kepada pembangunan serantau. Sebagai Menteri Pengangkutan di bawah kerangka MADANI, saya komited untuk melihat pembangunan seimbang dalam Persekutuan Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

-- BERNAMA 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan