Ad Banner
 AM > BERITA

MAIK Taja Biasiswa Tengku Anis Khas Kepada Tiga Pelajar Orang Asli Terpilih Ke SBP

23/02/2026 09:58 PM

KOTA BHARU, 23 Feb (Bernama) -- Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menaja Biasiswa Tengku Anis (BTA) Khas MAIK kepada tiga pelajar Orang Asli yang berjaya terpilih ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

Setiausaha MAIK Muhamad Rasani Ramli berkata biasiswa itu diberikan kepada Elfira Nur Zulhaiza Emmie, Muhammad Putra Faizul Ab Ghani dan Nur Muhammad Al Khawarizmi Rosmi, masing-masing berumur 13 tahun.

Beliau berkata ketiga-tiga pelajar yang ditempatkan di Sekolah Menengah Sains (SMS) Tengku Muhammad Faris Petra itu menerima bantuan RM450 sebulan yang akan dikreditkan secara terus kepada mereka hingga tamat persekolahan tingkatan lima.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Ini merupakan kali pertama kita menaja biasiswa kepada pelajar Orang Asli memandangkan sebelum ini BTA hanya disasarkan kepada pelajar golongan asnaf sama ada dari Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Yayasan Islam Kelantan.

“Menerusi biasiswa ini mereka akan menerima bantuan bulanan bernilai RM450 dan sebaik tamat persekolahan tingkatan lima, MAIK akan mempertimbangkan untuk memberi bantuan lain yang bersesuaian bagi mereka menyambung pengajian,” katanya di Dewan Sultan Muhammad V, Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, di sini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Kelantan Siti Norina Muhamad berkata setakat ini lima pelajar Orang Asli berjaya ditawarkan kemasukan ke SBP, iaitu tiga pelajar di SMS Tengku Muhammad Faris Petra dan dua lagi di SMS Gua Musang.

Beliau berkata pihaknya menyasarkan jumlah pelajar Orang Asli yang ditempatkan di SBP akan meningkat sekali ganda pada tahun hadapan, dengan semua pelajar berkenaan akan diberi perhatian khusus oleh guru bagi memastikan pencapaian setanding pelajar lain.

“JPN juga akan bekerjasama dengan beberapa agensi termasuk MAIK bagi memastikan kebajikan pelajar berkenaan sentiasa terpelihara,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan