Ad Banner
 AM > BERITA

Mangsa Banjir Di Sabah Terus Meningkat Pagi Ini

22/02/2026 08:36 AM

KOTA KINABALU, 22 Feb (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 5,141 orang daripada 2,160 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 4,761 orang daripada 1,828 keluarga semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa dari empat daerah, iaitu Pitas, Kota Marudu, Paitan dan Tawau ditempatkan di 27 pusat pemindahan sementara.

Tawau diisytiharkan dilanda banjir pada 11.30 malam tadi susulan hujan berterusan sekali gus menjadikan daerah berkenaan kawasan terbaharu yang terjejas akibat bencana itu.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Pitas merekodkan jumlah mangsa tertinggi, iaitu 2,120 orang diikuti Kota Marudu (1,929 orang), Paitan (847 orang) dan Tawau (245 orang).

Banjir di keempat-empat daerah telah menjejaskan 80 kampung namun tiada kematian dilaporkan setakat ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan