AM > BERITA

Inti Pati Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035

20/01/2026 06:54 PM

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Berikut adalah antara inti pati Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035 yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.

RPN diterajui bersama oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026-2035 dan Kementerian Pendidikan menerusi Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035.

 

Ad Banner
Ad Banner

 

  1. Bagi memperkasakan jati diri, pelajar di semua sekolah termasuk Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Antarabangsa dan Sekolah Persendirian wajib belajar Bahasa Melayu dan Sejarah mengikut Kurikulum Kebangsaan.
  2. Pengukuran Pembelajaran baharu yang ditadbir secara berpusat oleh Lembaga Peperiksaan: Bagi murid tahun empat mulai 2026 dan pelajar tingkatan tiga mulai 2027.
  3. Mulai 2027, prasekolah ditetapkan bermula pada umur lima tahun dan tahun satu pada umur enam tahun, bergantung kepada kesediaan ibu bapa dan murid. 
  4. Peruntukan RM100 juta untuk menaik taraf bilik guru di seluruh negara.
  5. Lima sekolah kebangsaan dan lima sekolah menengah kebangsaan dipilih di setiap daerah sebagai Sekolah Inspirasi.
  6. Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) diperkenalkan di sekolah rendah dan sekolah menengah menerusi Kurikulum Persekolahan 2027.
  7. KPT ambil alih sepenuhnya sistem pendidikan prauniversiti membabitkan tingkatan enam dan matrikulasi bermula tahun ini.
  8. Mata pelajaran umum yang merangkumi pendidikan Perlembagaan dan sejarah Malaysia akan dimasukkan ke dalam kurikulum universiti awam dan swasta.
  9. Pelajar dengan PNGK 4.0 STPM, matrikulasi dan asasi dijamin tempat di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
  10. Kuota penerima pendidikan percuma/biasiswa melalui PTPTN dinaikkan daripada 5,800 pelajar miskin tegar kepada 10,000 orang.
  11. 3,000 pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) di IPTA, politeknik dan kolej komuniti akan terima pendidikan percuma.
  12. 5,000 penginapan tambahan untuk mahasiswa, libatkan kerjasama universiti dengan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan