AM > BERITA

Mangsa Banjir Di Sarawak Terus Berkurang

17/01/2026 08:41 AM

BINTULU, 17 Jan (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak berkurang kepada 322 orang daripada 94 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 415 orang daripada 123 keluarga pada petang semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan PPS Dewan Suarah Bintulu menempatkan 121 mangsa daripada 32 keluarga, PPS Balai Raya Sebauh (137 mangsa daripada 44 keluarga) dan PPS Dewan Sri Kemena SMK Sebauh (64 mangsa daripada 18 keluarga).

“Terdapat trend menurun dari segi jumlah mangsa di PPS,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Ad Banner
Ad Banner

Banjir di Sarawak bermula sejak 31 Dis lepas apabila beberapa kawasan di sekitar bandar raya Kuching dinaiki air susulan hujan lebat berterusan.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran melalui portal Public Infobanjir melaporkan pada 7.30 pagi ini, paras air di dua stesen, iaitu Long Teru (Miri) dan Nanga Lemai B masih melebihi tahap bahaya, manakala hanya stesen Stapang B (Sibu) sudah melebihi paras amaran.

Paras air di sembilan sungai lain berada pada tahap waspada tetapi menunjukkan trend menurun.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan