Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Banjir Aceh: Perlis Salur Bantuan Kemanusiaan Menerusi Kutipan Tabung Jumaat

18/12/2025 11:14 PM

KANGAR, 18 Dis (Bernama) -- Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bersetuju menetapkan kutipan Tabung Jumaat di semua masjid di Perlis pada esok akan disalurkan sepenuhnya kepada Tabung Bantuan Kemanusiaan Mangsa Banjir Aceh.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah menyedari akan ikatan ukhuwah yang tidak terpisah dan semangat kemanusiaan sejagat, maka baginda menyeru seluruh umat Perlis bersama-sama menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban ditanggung mangsa bencana itu. 

"Besarlah harapan saya agar sumbangan ikhlas yang dihulurkan oleh umat Perlis akan dapat membantu usaha pemulihan dan pembangunan semula kehidupan saudara kita di Aceh. Sesungguhnya, bantuan ini adalah manifestasi daripada semangat persaudaraan dan keprihatinan yang terpuji.

"Semoga Allah SWT merahmati setiap usaha dan sumbangan yang dihulurkan, serta memberikan kekuatan dan kesabaran kepada seluruh mangsa yang terlibat dalam menghadapi ujian besar ini," titah baginda yang juga Yang DiPertua MAIPs dalam kenyataan rasmi hari ini.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan