Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

ASEAN-AS Akan Terima Pakai Pernyataan Visi Bersama Untuk Perkukuh Perkongsian – Anwar

26/10/2025 06:30 PM

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- ASEAN dan Amerika Syarikat (AS) akan menerima pakai Pernyataan Visi Bersama ASEAN-AS bagi menggalakkan usaha untuk mencapai suatu masa depan yang lebih kukuh, selamat dan makmur untuk kedua-dua rantau.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi ASEAN tahun ini berkata kenyataan itu mencerminkan tekad bersama kedua-dua pihak untuk menjadikan kerjasama sebagai hasil yang nyata dan membawa manfaat ketara kepada rakyat.

“Bertunjangkan aspirasi bersama kami terhadap keamanan dan kemakmuran, hubungan ASEAN-AS kini telah berkembang menjadi perkongsian strategik komprehensif. Ekonomi yang dinamik dan luar biasa antara AS dan Asia Tenggara berpotensi mewujudkan era keemasan bagi semua negara kita,” katanya ketika berucap pada majlis pembukaan Sidang Kemuncak ASEAN-Amerika Syarikat ke-13 di sini hari ini.

Ad Banner

Anwar berkata perdagangan dua hala antara ASEAN dan AS mencecah paras tertinggi sebanyak USD453 bilion tahun lepas, yang menyokong berjuta-juta pekerjaan dan perniagaan di kedua-dua rantau.

“Hari ini, kita akan menjadikan janji dalam hubungan ini lebih bermakna,” katanya.

Turut hadir Presiden AS Donald Trump serta ketua-ketua negara dan kerajaan ASEAN.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan