KUCHING, 21 Okt (Bernama) -- Ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh Sarawak perlu terbuka menerima idea dan pandangan baharu dalam menangani masalah yang mendepani dunia masa kini.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata jika sebelum ini penyediaan infrastruktur asas sudah memadai tetapi kini terdapat faktor lain yang perlu diambil kira terutamanya dalam aspek perancangan bandar.
Beliau berkata faktor seperti Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) perlu diutamakan oleh PBT dalam mengimbangi pembangunan dan alam sekitar.
“Kita perlu ada pendekatan berbeza berbanding masa lalu, jika dulu kita bina jalan, elektrik serta bekalan air yang baik sudah mencukupi tetapi hari ini sudah berubah.
“Jika dulu kereta keluarkan asap bukan isu besar tetapi hari ini disebabkan isu seperti pelepasan gas rumah hijau ia menjadi masalah buat kita,” katanya semasa berucap di Seminar Ahli-Ahli Majlis PBT 2025 di sini hari ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial