Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Pembangunan Negara Mesti Seimbang Kemajuan Fizikal, Kesejahteraan Insan - Anwar

13/10/2025 04:54 PM

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan memastikan setiap pembangunan di negara ini dirancang dan dilaksanakan secara seimbang, antara kemajuan fizikal dengan kesejahteraan insan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) ke-49 hari ini, beliau menegaskan setiap kelulusan pembangunan baharu mesti berpaksikan nilai kemanusiaan, termasuk bagi projek berasaskan bandar pintar, kecanggihan teknologi dan kecerdasan buatan (AI).

“Bandar pintar bukan sekadar binaan megah atau sistem canggih, tetapi cerminan bagaimana kemajuan dapat mengangkat kesejahteraan hidup rakyat. Justeru, masalah asas rakyat seperti lif usang di perumahan awam, gerai yang uzur dan kemudahan awam yang daif tidak boleh diabaikan,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Ad Banner
Ad Banner

Perdana Menteri turut menekankan bahawa kejayaan pembangunan bukan diukur pada menara yang menjulang, tetapi pada sejauh mana rakyat hidup dengan selesa, sejahtera dan bermaruah.

Beliau turut menyeru kerajaan negeri menupuan perhatian kepada pemuliharaan warisan dan budaya, khususnya di kawasan bandar lama dan lokasi bersejarah.

“Pembangunan moden perlu memelihara seni bina tempatan dan nilai warisan bangsa agar kemajuan tidak mengorbankan jati diri serta keindahan yang membentuk identiti Malaysia,” kata Perdana Menteri.

Ad Banner

Anwar berkata hasil mesyuarat itu, akan menjadi panduan kepada agensi perancang dan pihak berkuasa tempatan dalam merangka dasar serta meluluskan projek pada masa hadapan, supaya pembangunan negara terus berpaksikan keseimbangan antara fizikal, teknologi dan kemanusiaan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan