Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Mohon Doa Pembentangan Belanjawan 2026 Esok Berjalan Lancar - Anwar

09/10/2025 04:32 PM

PUTRAJAYA, 9 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon semua rakyat Malaysia mendoakan agar pembentangan Belanjawan 2026 esok berjalan lancar.

"Doakan semuanya selamat, insya-Allah," katanya ketika ditemui media selepas meninjau persiapan akhir Belanjawan 2026 di Kementerian Kewangan (MOF) di sini hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan tiba kira-kira 3 petang dan disambut Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying serta Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.

Ad Banner
Ad Banner

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Perdana Menteri meluangkan kira-kira 30 minit meninjau ruang operasi Belanjawan 2026 di Dewan Utama dan beramah mesra dengan warga MOF yang terlibat dalam penyediaan dokumen itu.

Sebanyak 320 pegawai dan kakitangan MOF daripada pelbagai bahagian termasuk Bahagian Cukai, Bahagian Fiskal dan Ekonomi, Bahagian Antarabangsa, Bahagian Pejabat Belanjawan Negara dan Pasukan Bajet terlibat dalam penyediaan dokumen belanjawan tersebut.

Ad Banner

Anwar turut bergambar bersama pengurusan tertinggi setiap kumpulan yang memainkan peranan dalam proses penyediaan Belanjawan 2026 di lobi utama MOF.

Sebelum ini, Perdana Menteri dilaporkan berkata Belanjawan MADANI 2026 akan mencerminkan keutamaan kerajaan dan hala tuju negara tahun depan dengan tumpuan kepada usaha membela rakyat, memperkukuh ekonomi serta memperteguh asas negara yang mampan dan inklusif.

Anwar dijadual membentangkan Belanjawan MADANI Keempat itu di Parlimen pada 4 petang esok.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan