Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

MDGM Urus Lebih 100 Tan Sisa Pepejal Setiap Hari

30/07/2025 12:56 PM

GUA MUSANG, 30 Julai (Bernama) -- Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) menguruskan sebanyak 117,600 tan metrik sisa pepejal dalam tempoh lima tahun bermula dari 2021 sehingga kini.

Yang Dipertua MDGM, Mohd Roshdi Ismail berkata jumlah pengurusan sisa pepejal menunjukkan peningkatan ketara terutama sejak 2023 susulan pembukaan pasar raya dan penempatan baharu di jajahan ini yang kini dihuni kira-kira 110,000 penduduk.

“Pada 2021 hingga 2022, MDGM menguruskan secara purata 2,100 tan metrik sisa pepejal sebulan. Namun, jumlah ini meningkat kepada 2,800 tan metrik sebulan sejak 2023 sehingga kini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd Roshdi berkata secara purata penduduk di kawasan itu menghasilkan kira-kira 100 tan sisa pepejal setiap hari dan jumlah ini diperoleh melalui kutipan sampah di kawasan Bertam, Galas dan Lojing.

Beliau berkata operasi kutipan sampah dilaksanakan enam hari seminggu, melibatkan lima lori kompaktor dan empat lori  jenis RORO.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan