Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Perhimpunan Demokrasi Perlu Disertai Dengan Tanggungjawab Kebersihan - Nga

27/07/2025 12:39 AM

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- Membuat perhimpunan bagi meraikan demokrasi seharusnya turut disertai dengan sikap tanggungjawab ke atas kebersihan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Menerusi hantaran di laman X hari ini, beliau selaku menteri yang menjaga agensi pembersihan awam, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), meluahkan rasa kesal dengan sikap sesetengah individu yang membuang sampah merata tempat sewaktu berhimpun.

“Kerajaan MADANI meraikan demokrasi dan tiada halangan dengan perhimpunan aman tapi tolonglah jaga kebersihan.

“Selaku agensi yang menjaga kebersihan awam, @swcorp_my kini sedang bertungkus lumus untuk memulihkan segala sampah dan kekotoran yang ditinggalkan,” menurut hantaran itu.

Beliau turut berkata perbuatan mengotorkan kawasan dan membuang sampah merata-rata boleh mencemarkan imej negara.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan