Putrajaya, 24 Julai (Bernama) – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mencatatkan pencapaian dalam beberapa penambahbaikan membabitkan aspek kesiapsiagaan keselamatan, seiring cabaran keselamatan era digital dan ancaman siber masa kini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, antara pencapaian utama termasuk menaiktaraf sistem pemantauan kamera litar tertutup (CCTV) beresolusi tinggi di 17 lokasi SPRM, pelaksanaan sistem e-Vetting 3.0, penggunaan kaedah Multifactor Authentication (MFA) bagi log masuk sistem e-mel SPRM dan MACCBOX.
Beliau berkata, SPRM turut melaksanakan beberapa dasar berkaitan ancaman keselamatan dan perlindungan kepada warga serta pengurusan tertinggi SPRM.
“Tumpuan juga diberikan kepada keperluan latihan simulasi Pasukan Tindak Balas Kecemasan dan pemantapan Pelan Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (PKP) versi 2.0 agar SPRM kekal beroperasi dalam apa jua keadaan bencana atau krisis,” katanya ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Perlindungan (JKP) SPRM Bilangan 2 Tahun 2025 di Bilik Mesyuarat Utama, Ibu Pejabat SPRM, di sini, kelmarin.
Beliau berkata, JKP SPRM harus berperanan sebagai pemacu budaya keselamatan dan pematuhan dalam memastikan kelestarian perkhidmatan serta integriti Suruhanjaya secara menyeluruh.
Azam turut menyeru agar mesyuarat JKP peringkat negeri dilaksanakan sekurang-kurangnya tiga kali setahun dengan laporan dan dokumen penilaian kendiri dikemukakan kepada Ibu Pejabat SPRM sebagaimana dikehendaki dalam pekeliling terkini.
— BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial