Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Jangan Terperdaya Akaun Tiktok Palsu Tengku Ampuan Pahang

24/07/2025 09:18 AM

KUANTAN, 24 Julai (Bernama) -- Orang ramai diminta tidak terperdaya dengan kewujudan akaun TikTok palsu yang menggunakan nama Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Istana Pahang telah mengesan akaun dengan nama 'Tengku Ampuan Pahang' yang menyamar sebagai baginda dan membuat beberapa hantaran berkaitan Tunku Azizah.

“Tengku Ampuan Pahang hanya memiliki akaun sosial yang aktif di aplikasi Instagram, namun ia bersifat peribadi,” menurut hantaran di laman Facebook Kesultanan Pahang hari ini. 

Sebarang aktiviti atau titah secara langsung hanya disiarkan melalui platform media sosial Kesultanan Pahang dan satu akaun sah di laman Facebook Kesultanan Pahang dengan kira-kira 728,000 pengikut.

Platform media sosial lain seperti Instagram, TikTok, Youtube dan aplikasi X hanya menggunakan nama Kesultanan Pahang, manakala portal rasmi Istana Pahang ialah istanapahang.my. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan