AM > BERITA

Penantian 15 Tahun Berakhir, Pasangan Dikurniakan Cahaya Mata Hasil IVF Tajaan TAFF

12/01/2026 11:13 PM

KUANTAN, 12 Jan (Bernama) -- Penantian selama 15 tahun sepasang suami isteri untuk mendapatkan cahaya mata berakhir apabila bayi sulung hasil rawatan persenyawaan tabung uji (IVF) tajaan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) selamat dilahirkan pada Jumaat lepas. 

Kesultanan Pahang menerusi hantaran Facebook hari ini memaklumkan, pasangan Abdul Aziz Abd Halim dan isterinya Noor Hamira Mohd Sani dikurniakan bayi lelaki seberat 2.97 kilogram yang diberi nama Mikhael dan dilahirkan dalam keadaan sihat.

“Kegembiraan sama turut dikongsi Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berkenan berangkat melawat ibu dan bayi di Hospital Selayang, semalam,” menurut hantaran itu. 

Ad Banner

Hantaran itu memaklumkan, Tunku Azizah kelihatan begitu ceria meluangkan masa bertemu Mikhael yang juga bayi ke-150, yang dilahirkan sejak TAFF ditubuhkan pada 2004. 

“Untuk rekod, TAFF yang diasaskan atas inisiatif Tengku Ampuan Pahang telah menaja rawatan kesuburan kepada 553 pasangan suami isteri di seluruh negara, yang berdepan kesukaran mendapatkan cahaya mata,” menurut hantaran itu. 

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan