PUTRAJAYA, 22 Julai (Bernama) -- Tiga pendekatan utama iaitu menyeluruh, inklusif dan berasaskan bukti, digariskan dalam mempercepat pelaksanaan Pengurusan Sumber Air Bersepadu (IWRM) secara lebih sistematik dan berkesan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata menerusi pendekatan secara menyeluruh, pengurusan air harus dilaksanakan secara holistik merangkumi aspek bekalan, kualiti, pengairan, banjir dan pemuliharaan ekosistem.
Fadillah berkata pendekatan inklusif pula menekankan penyertaan aktif semua pihak berkepentingan termasuk kerajaan, swasta, masyarakat sivil, institusi pendidikan dan komuniti akar umbi yang disifatkan sebagai amat mustahak.
“Sambutan Hari Air Sedunia Tahun 2025 Peringkat Kebangsaan yang telah menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat daripada pelajar, pemimpin agama, penjawat awam, hingga ke sektor swasta dalam satu platform advokasi nasional, antara contoh pendekatan inklusif ini,” katanya.
Berucap merasmikan Malaysia Water Forum 2025 di sini hari ini, Fadillah berkata pendekatan berasaskan bukti pula bermaksud, keputusan dasar dan pelaksanaan program perlu berteraskan data saintifik, kajian impak dan indikator prestasi yang jelas.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial