Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Aktiviti Berkuda, Senaman Berjalan Kaki Rutin Kecergasan Yang di-Pertuan Agong

17/07/2025 12:33 PM

JOHOR BAHRU, 17 Julai (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menekankan kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat dengan menjadikan aktiviti berkuda dan senaman berjalan kaki sebagai antara rutin kecergasan. 

Menerusi kenyataan dimuat naik di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda membuat persiapan seawal 5 pagi untuk menunggang kuda di sekitar kawasan Istana Pasir Pelangi di sini hari ini.

“Seri Paduka Baginda amat berpengetahuan luas dalam sukan berkuda dan merupakan pemain polo yang berpengalaman.

“Bagi Seri Paduka Baginda, aktiviti berkuda bukan hanya sekadar beriadah malah membantu meningkatkan kekuatan otot, selain kekal fokus dan disiplin,” menurut hantaran itu.

Beberapa keping foto Sultan Ibrahim melakukan aktiviti berkenaan turut dimuat naik bersama hantaran itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan