KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat menyertai program Brisk Walk bersama warga Istana Negara sebagai usaha mengalakkan gaya hidup sihat.
Menurut perkongsian di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar program aktiviti santai itu juga bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara Seri Paduka Baginda dengan kakitangan Istana Negara.
“Seri Paduka Baginda berkenan berjalan kaki sejauh 2.5 kilometer mengelilingi perimeter dalam kawasan Istana Negara.
“Program anjuran Kelab Kebajikan dan Sukan Istana Negara (KEKSIN) itu disertai kira-kira 200 pegawai dan kakitangan Istana Negara, pasukan keselamatan Istana serta petugas pengurusan fasiliti,” menurut catatan itu.
Antara yang turut serta ialah Datuk Pengelola Bijaya DirajaTan Sri Azmi Rohani, Datuk Paduka Maharaja Lela Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini, Pengerusi KEKSIN Zulkifly Yunus serta pegawai kanan Istana Negara.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial