PUTRAJAYA, 14 Julai (Bernama) -- Perkhidmatan sistem pemindahan telegrafik elektronik (e-TT) telah ditambah baik dan akan ditutup sementara bermula 17 hingga 21 Julai ini, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Menurut kenyataan LHDN, dua penambahbaikan utama akan diperkenalkan, iaitu penambahan fungsi janaan nombor akaun maya (VA) menggunakan nombor bil dan mekanisme penghantaran resit bayaran secara terus ke e-mel pembayar cukai selepas bayaran diterima oleh bank ejen LHDN.
Salinan resit, iaitu terhad kepada Cukai Pendapatan dan Cukai Keuntungan Harta Tanah juga boleh diakses melalui aplikasi e-Lejar atau Penyata Bayaran Cukai Pegangan dengan cara log masuk menggunakan dokumen pengenalan melalui portal MyTax https://mytax.hasil.gov.my.
“Pembukaan semula sistem e-TT pada 22 Julai memerlukan pembayar cukai untuk menjana nombor VA baharu bagi membolehkan proses bayaran dibuat,” menurut LHDN.
Sepanjang tempoh penutupan sistem itu, LHDN menyarankan pembayar cukai untuk membuat bayaran dengan menggunakan nombor bil dan Nombor Pengenalan Cukai (TIN) secara PFX di portal rasmi LHDN; bank ejen yang dilantik dan Pos Malaysia melalui kaunter atau perbankan Internet atau mesin juruwang automatik (ATM) dan kaunter Pusat Pengurusan Terimaan Hasil Kuala Lumpur.
Maklumat lanjut berkaitan bayaran boleh didapati di portal rasmi LHDN atau menerusi capaian pantas Perkhidmatan > Individu > Kitaran Cukai Individu >Bayaran > Kaedah Bayaran.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial