Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Mohd Na’im Sambut Baik Hasrat Ulama Yaman Perluas Peluang Pengajian Di Malaysia

12/07/2025 07:10 PM

KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menyambut baik hasrat ulama besar dari Yaman, Sheikh Al-Qodhi Dr Yasir Al-Adni As-Syahiri, untuk menjalin kerjasama dua hala dalam membuka lebih banyak peluang kepada pelajar dari negara itu melanjutkan pengajian tinggi di Malaysia.

Mohd Na’im berkata cadangan itu sejajar dengan komitmen Malaysia dalam memperkukuh jaringan keilmuan dan dakwah Islam di peringkat antarabangsa.

“Hasrat murni ini amat saya alu-alukan, seiring dengan komitmen kita memperkukuh jaringan keilmuan dan dakwah Islam antarabangsa.

"Malaysia sentiasa terbuka menjadi medan ilmu, tempat suburnya dakwah dan penyebaran rahmat Islam ke seluruh alam,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Sheikh Yasir Al-Adni menyatakan hasrat berkenaan ketika mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Mohd Na’im di Putrajaya, semalam.

Mohd Na’im menyifatkan pertemuan itu sebagai satu sesi yang sarat dengan hikmah, keilmuan dan semangat ukhuwah Islamiah.

Dalam hantaran itu, beliau turut berkongsi mengenai menunaikan solat Jumaat bersama Sheikh Yasir Al-Adni dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Surau Ar-Rahim, Presint 15, Putrajaya, semalam.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan