Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

ASEAN Campur Tiga Perlu Pertingkat Daya Tahan Hadapi Krisis Masa Depan - Balakrishnan

11/07/2025 12:34 AM

SINGAPURA, 10 Julai (Bernama) -- Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan menekankan keperluan untuk meningkatkan ketahanan kolektif ASEAN Campur Tiga dalam menangani krisis masa depan serta mengukuhkan perdagangan dan pelaburan, termasuk juga kesalinghubungan dan infrastruktur.

Dalam satu hantaran di Facebook, beliau berkata perkara itu disampaikan semasa mesyuarat ASEAN Campur Tiga iaitu China, Jepun, dan Korea Selatan.

Keupayaan ASEAN menghimpunkan kumpulan rakan luar yang pelbagai, menjadi lebih penting pada masa kini dan mencerminkan peranan kami sebagai platform yang dipercayai untuk dialog terbuka dan bermakna di rantau ini,” katanya.

Balakrishnan kini berada di Kuala Lumpur menghadiri Mesyuarat Menteri Luar ASEAN ke-58 (AMM) dan mesyuarat berkaitan yang berlangsung dari 8 hingga 11 Julai.

Mesyuarat Menteri Luar ASEAN Campur Tiga ke-26, merupakan antara agenda pada Khamis.

Sementara itu, Balakrishnan berkata beliau berbesar hati menyambut Menteri Luar baharu ke AMM, termasuk Setiausaha Negara AS Marco Rubio, Menteri Luar Kanada Anita Anand dan Menteri Luar Jepun Takeshi Iwaya, yang bersama beliau mempengerusikan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN-Jepun.

“Singapura menantikan peluang untuk mengukuhkan kerjasama lama ini, terutamanya dalam sektor ekonomi digital dan hijau,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan