Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Tarik Balik Kelulusan Tanah Pembangunan Rumah Ibadat Tidak Ikut Tempoh

10/07/2025 01:58 PM

SHAH ALAM, 10 Julai (Bernama) -- Kerajaan Selangor boleh menarik balik pemberian kelulusan tanah bagi tujuan membina rumah ibadat bukan Islam sekiranya tidak dibangunkan dalam tempoh yang ditetapkan, Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu hari ini.

Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri Datuk Ng Suee Lim berkata kelulusan tanah yang ditarik balik itu akan diberikan kepada pihak yang memerlukan.

Beliau berkata Jawatankuasa Khas Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Selangor (Limas) telah meluluskan 400 slot tanah kepada pihak rumah ibadat bukan Islam bagi tujuan berkenaan sejak 2008 sehingga kini.

“Jadi kalau kita dah berikan tanah untuk mereka bina rumah ibadat. Kalau dalam tempoh masa tertentu masih tidak ada pembinaan, kita akan pastikan dalam tempoh lima tahun, kita akan rujuk kembali untuk kita ambil balik tanah itu,” katanya. 

Beliau menjawab pertanyaan tambahan Lwi Kian Keong (PH-Sungai Pelek) yang ingin tahu tempoh pembangunan sesebuah rumah ibadat bukan Islam setelah permohonan itu diluluskan.  

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan