Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Pelantikan Hakim Mahkamah Atasan Perlu Cermat, Elak Dipolitikkan - Istana Negara

10/07/2025 01:13 PM

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Pelantikan hakim-hakim mahkamah atasan merupakan urusan kenegaraan yang penting dan perlu ditangani dengan cermat serta berintegriti, selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, menurut Istana Negara.

Menerusi kenyataan hari ini, Istana Negara memaklumkan mengikut Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, pelantikan hakim dibuat oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

"Perkara ini secara jelasnya menzahirkan prinsip semak dan imbang dalam sistem kehakiman negara.

"Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 [Akta 695] merupakan undang-undang yang memperuntukkan proses pemilihan calon hakim, namun kuasa untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong adalah terletak kepada Perdana Menteri," menurut kenyataan itu.

Istana Negara menegaskan bahawa hal ehwal pelantikan di bawah Perlembagaan Persekutuan perlu ditangani secara sah agar pelaksanaan kuasa oleh Yang di-Pertuan Agong tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan