KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul hari ini menyampaikan watikah pelantikan Penasihat Parlimen Belia Malaysia (PBMy) kepada lima tokoh yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang.
Mereka ialah bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Borhan Dollah selaku Pengerusi Penasihat, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia Prof Datuk Dr Mohd Foad Sakdan dan Pengarah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Ts Khairul Anuar Ishak.
Turut menerima watikah pelantikan ialah wakil Universiti Sains Malaysia Prof Madya Ts Dr Noor Haida Mohd Kaus dan Penganalis Ekonomi, Universiti Malaysia Terengganu Prof Madya Dr Hazman Samsudin.
Parlimen Malaysia memaklumkan barisan penasihat ini akan membantu merangka hala tuju, memperkukuh latihan kepimpinan serta membina jaringan berimpak tinggi dalam usaha mengangkat suara belia ke peringkat pembuat dasar negara.
“Dengan pelantikan tokoh berwibawa ini, PBMy dijangka memasuki fasa baharu yang lebih progresif dan strategik,” menurut Parlimen Malaysia dalam kenyataan hari ini.
Majlis itu turut disaksikan Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia Datuk Ahmad Husaini Abdul Rahman dan Sekretariat Induk PBMy sebagai sokongan padu terhadap misi memperkasa kepimpinan generasi muda negara.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial