Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

14 Inisiatif Khas Untuk Warga Felda Di Johor - Onn Hafiz

29/06/2025 05:09 PM

KOTA TINGGI, 29 Jun (Bernama) -- Kerajaan Johor mengumumkan 14 inisiatif khas kepada warga Felda di negeri ini termasuk pemberian kuota haji untuk 10 peneroka tanah rancangan itu sebagai menghargai jasa dan sumbangan golongan berkenaan.

Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata inisiatif lain turut membabitkan sumbangan bakul makanan bernilai RM100 kepada peneroka menerusi peruntukan RM2.76 juta di samping bantuan pendidikan untuk anak-anak Felda, sebagai tanda keprihatinan terhadap kesejahteraan komuniti itu. 

“Turut diberikan ialah bantuan kepada 71 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR), Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda di samping masjid dan surau,” katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Peneroka Felda MADANI Johor 2025 di Felda Tunggal, di sini hari ini.

Turut hadir Ahli Parlimen Pengerang yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dan Pengerusi Felda Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Onn Hafiz dalam pada itu berkata pihaknya akan berusaha menyelesaikan isu projek rumah generasi kedua yang terbengkalai di Felda Bukit Aping Timur dan Felda Pasak, dekat sini.

"Kita ada Sekretariat Majlis Muafakat Felda. Insya-Allah kalau ada kerjasama yang baik daripada pihak pengurusan, saya hendak selesaikan masalah yang telah membelenggu kita selama tujuh tahun pada tahun ini juga untuk anak-anak Felda," katanya. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan