KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Pelumba muda negara, Qabil Irfan Azlan bangkit dari kekecewaan dengan meraih kedudukan podium pada Perlumbaan 2 kelas ESBK Talent pada Pusingan 3 Kejuaraan Superbike Sepanyol (ESBK) di Litar Aragon, Sepanyol, hari ini.
Penunggang berusia 13 tahun dari Frando Racing VHC Team itu, yang memulakan saingan dari petak kedua perlumbaan 11 pusingan tersebut, menampilkan pecutan cemerlang dengan menamatkan saingan hanya 0.018 saat (s) di belakang Alessio Arnold dari pasukan Fullmoto Squadra Corse.
Tempat ketiga menjadi milik Enzo Zaragoza dari Aspar KBS Technical Academy yang melengkapkan kedudukan podium.
Pusingan keempat musim dijadual berlangsung di Litar Navarra, Sepanyol dari 17-20 Julai ini.
Terdahulu pelumba dari Terengganu itu terlepas peluang untuk muncul juara Perlumbaan 1 ESBK selepas dipintas saat akhir pada kejohanan yang berlangsung semalam.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial