Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Sinergi KKM, Exco Negeri Tumpu Pemerkasaan Kesihatan Awam

26/06/2025 08:43 PM

PUTRAJAYA, 26 Jun (Bernama) -- Projek pembangunan kesihatan, inisiatif sumber manusia Kementerian Kesihatan (KKM) dan isu kesihatan awam antara dibincangkan dalam Mesyuarat Menteri Kesihatan bersama Exco kesihatan negeri di sini hari ini.

KKM dalam kenyataan memaklumkan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mempengerusikan mesyuarat itu yang merupakan platform kerjasama strategik antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri bagi memperkasakan sistem kesihatan negara secara menyeluruh.

“Mesyuarat menyentuh status perbelanjaan dan pelaksanaan projek pembangunan di bawah Rolling Plan 5 (RP5) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) dan inisiatif sedang dilaksanakan untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan kesihatan di KKM.

“Bagi isu kesihatan awam, perkara dibangkitkan termasuk COVID-19, denggi, pengambilan gula dan pemakanan sihat, kawalan produk merokok, kesihatan mental serta kempen imunisasi tambahan Measles Rubella,” menurut kenyataan itu.

Mesyuarat itu memfokus kepada usaha memperkukuh komitmen dan kesepakatan semua pihak, khususnya dalam penyelarasan dasar, perkongsian maklumat dan akauntabiliti bersama dalam menangani pelbagai cabaran serta isu kesihatan awam.

Pada mesyuarat itu, Dzulkefly menekankan reformasi sedang dilaksanakan KKM memerlukan sinergi kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri bagi memastikan dasar kesihatan awam diterjemahkan dengan berkesan di lapangan seterusnya menyumbang kepada matlamat kesihatan yang terangkum dan berdaya tahan. 

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan