GEORGE TOWN, 26 Jun (Bernama) -- Isu penduduk Kampung Batu Uban di sini yang mendakwa menerima notis diarahkan berpindah tanpa sebarang perbincangan adalah melibatkan tanah persendirian.
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata beliau difahamkan tanah itu bukan milik kerajaan negeri justeru tidak boleh mengulas lanjut tanpa maklumat berkaitan perkara tersebut.
“Apa yang saya tahu, ia adalah tanah persendirian dan (arahan berpindah) untuk tujuan pembangunan semula,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Chow berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar berhubung kekesalan penduduk di kampung itu dengan tindakan pemilik tanah memberi surat makluman arahan berpindah tanpa berbincang dengan wakil rakyat atau penduduk.
Sebanyak 17 pemilik rumah menerima surat pada minggu lepas, memaklumkan tanah itu telah dibeli syarikat pemaju baharu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial