Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Sultan Kedah Berangkat Ke Istiadat Perbarisan Kehormatan Sempena Ulang Tahun Keputeraan Ke-83

22/06/2025 01:37 PM

ALOR SETAR, 22 Jun (Bernama) -- Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan berangkat ke Istiadat Perbarisan Kehormatan Sempena Ulang Tahun Keputeraan baginda yang ke-83 di Dataran Medan Bandar di sini hari ini.

Turut berangkat ke istiadat itu Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff dan Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin.

Istiadat itu turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Setiausaha Kerajaan Kedah Datuk Seri Norizan Khazali serta barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Seramai 103 anggota dan tiga pegawai dari Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) terbabit dalam perbarisan itu yang diketuai oleh Mejar Muhammad Nasrullah Abdullah.

Pegawai Pembawa Panji-panji pula ialah Leftenan Muda Muhammad Alif Izzudin Nasirudin, manakala Sarjan Mejar Rejimen Panji-Panji ialah Pegawai Waran 1 Hermi Bakry.

Kawalan Kehormatan Utama diiringi Pancaragam Pusat RAMD di bawah pimpinan Kapten Muhamad Fauzee Japar dan dibantu Pegawai Waran 2 Aliff Farhan Hashim.

Sementara itu, pada tahun ini juga diadakan acara terbang lintas hormat sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah ke-83 oleh dua pesawat EC 120B dari Institut Penerbangan (INSPEN) 2 dan lima pesawat PC-7 MK2 dari INSPEN 1.

Kawalan kehormatan turut diiringi 21 das tembakan meriam oleh 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja (Istiadat) pimpinan Mejar Hafizan Md Ghani dari 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja (Istiadat) Kem Sungai Buluh, Selangor.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan