KUCHING, 20 Jun (Bernama) -- Sebuah galeri dan ibu pejabat Majlis Kraftangan Sarawak (SCC) yang baharu akan dibina di sini, kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.
Beliau berkata kerajaan negeri telah mengenal pasti tapak projek itu di belakang Kuil Gurdwara Sahib Sikh yang berhampiran dengan Muzium Budaya Borneo di sini, dan cadangan itu sudah pun dibentangkan kepada Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
“Sekarang kita dalam proses perolehan tanah. Keseluruhan tapak seluas dua ekar (0.8 hektar) itu akan digunakan untuk pejabat dan galeri Majlis Kraf Sarawak, ia akan menjadi pusat aktiviti.
"Sebuah stesen Autonomous Rapid Transit (ART) akan ada berdekatan, dan pengunjung muzium juga boleh membeli kraf di sana. Projek ini dijangka mengambil masa dua tahun untuk disiapkan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kraftangan Sarawak hari ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial