Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Permohonan SBKS Dipendekkan Kepada 53 Hari Bermula September Ini - Onn Hafiz

18/06/2025 03:59 PM

JOHOR BAHRU, 18 Jun (Bernama) -- Kerajaan Johor memperuntukkan RM500,000 bagi pembangunan sistem tanah negeri, e-SBKS (Serah Balik Kurnia Semula) dalam usaha mempercepat urusan SBKS, ubah syarat, pecah sempadan dan pindah milik, yang dijangka dilancarkan pada September ini. 

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam hantaran Facebook berkata inisiatif itu antara lain menjadikan tempoh permohonan SBKS kini dipendekkan daripada 510 hari kepada hanya 53 hari. 

“Kerajaan negeri juga memperuntukkan RM1.55 juta untuk naik taraf Portal Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB) merangkumi e-serahan, e-carian, dan e-consent. Carian persendirian dalam talian hak milik strata telah tersedia dan bakal diperluas kepada hak milik landed,” katanya. 

Beliau turut berpeluang meninjau kemajuan kerja-kerja menaik taraf Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor yang sedang giat dilaksanakan dan dijangka siap sepenuhnya pada 31 Julai ini. 

Penambahbaikan ini katanya, melibatkan penaiktarafan menyeluruh, termasuk penambahan 12 unit kaunter baharu khusus untuk urusan hak milik strata dan mewujudkan 54 jawatan baharu.

“Sebelum penambahbaikan ini, keupayaan pemprosesan urusan hak milik strata adalah sekitar 120 folder sehari. Dengan inisiatif baharu ini, kapasiti pemprosesan meningkat lima kali ganda kepada 600 folder sehari sekali gus mempercepat penyampaian dan mengurangkan tunggakan kerja,” katanya. 

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan