GEORGE TOWN, 16 Jun (Bernama) -- Kesatuan Pekerja-Pekerja Kelab Semenanjung Malaysia hari ini mengadakan piket secara aman bagi membantah tindakan majikan Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, di sini yang didakwa gagal menjalankan rundingan pemberhentian kerja sejak 31 Mei lepas membabitkan ahli kesatuan itu.
Setiausaha Agung kesatuan berkenaan Rudy Rusly berkata tindakan majikan terbabit jelas melanggar semangat dan prinsip perundingan bersama yang termaktub dalam Akta Perhubungan Perusahaan 1967, khususnya yang memberikan hak kepada pekerja untuk diwakili oleh kesatuan sekerja dalam isu-isu berkaitan terma serta pemberhentian kerja.
"Kesatuan menegaskan bahawa sebarang tindakan pemberhentian kerja mestilah dirundingkan dengan kesatuan bagi memastikan kebajikan pekerja dilindungi dan pampasan yang bermaruah dibincangkan secara adil.
"Majikan juga tidak boleh membuat keputusan secara unilateral yang menjejaskan nasib pekerja tanpa rundingan bersama kesatuan, dan piket yang dijalankan hari ini ialah tindakan sah mengikut lunas undang-undang bagi menyatakan bantahan dan menuntut keadilan buat ahli kami," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pihaknya menyeru agar Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang kembali ke meja rundingan dan menghormati hak pekerja untuk diwakili kesatuan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial