Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Komen Jelik Kematian Pelajar UPSI: JPN Arah Sekolah Sedia Laporan

11/06/2025 10:27 PM

IPOH, 11 Jun (Bernama) -- Jabatan Pendidikan Negeri Perak mengarahkan pihak sekolah menyediakan laporan lengkap berhubung dakwaan seorang guru membuat hantaran jelik di media sosial mengenai nahas yang meragut nyawa 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur Barat (JRTB).

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri Khairudin Abu Hanipah berkata siasatan awal mendapati pemilik akaun Facebook yang membuat hantaran berkenaan merupakan seorang pendidik yang bertugas di sebuah sekolah menengah di Perak.

"Selaku pendidik saya amat kesal dengan tindakan individu (guru) terbabit yang telah membuat hantaran tidak sepatutnya berkaitan tragedi yang mengorbankan pelajar UPSI. 

"Selepas tular, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) telah menghubungi pengetua sekolah dan kaunselor PPD turut menasihati guru terbabit untuk menurunkan hantaran itu. Semakan sekitar 8.10 malam semalam mendapati hantaran itu telah dipadamkan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Terdahulu, hantaran dibuat oleh seorang pemilik akaun Facebook menimbulkan reaksi kurang senang apabila mendakwa 15 pelajar UPSI yang maut dalam nahas itu meninggal dunia dalam keadaan hina.

Hantaran itu turut mendakwa kesemua pelajar yang terkorban itu bukan orang beriman kerana meninggal dunia dalam keadaan berhutang dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Bagaimanapun, hantaran berkenaan telah dipadamkan dan guru terbabit telah membuat permohonan maaf secara terbuka selain mendakwa dirinya menghidap penyakit skizofrenia.

Dalam kejadian awal pagi Isnin, 15 penuntut UPSI maut apabila bas yang dinaiki mereka terbalik dalam kemalangan di KM53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), berhampiran Tasik Banding, Gerik.

Bas membawa 42 pelajar universiti itu dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu dikatakan hilang kawalan dan melanggar Perodua Alza sebelum terbalik.

-- BERNAMA 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan