Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Tidak Sanggup Lihat Video Detik Kemalangan - Bapa Mangsa

10/06/2025 04:17 PM

JERTIH, 10 Jun (Bernama) -- Bapa kepada pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nurul Fatihah Abu Setaman yang terkorban dalam kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), belum mampu untuk melihat video berkaitan nahas itu.

Abu Setaman Jusoh, 54, yang kelihatan tabah sepanjang urusan pengebumian anak keempat daripada enam beradik itu, tidak mahu perkara itu mengganggu emosinya kerana bimbang akan memudaratkan kesihatan.

“Saya sendiri belum lagi menonton rakaman video kemalangan, termasuk detik sebelum bas berkenaan terbalik seperti yang tular di media sosial kerana tidak sampai hati dan hiba,” katanya kepada pemberita selepas pengebumian di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Gong Duek, di sini

Bekas petugas Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) itu berkata sebagai ketua keluarga beliau perlu kuat demi isteri dan anak-anak yang lain.

Ditanya sama ada pihak keluarga akan mengambil tindakan terhadap syarikat bas terbabit, Abu Setaman berkata beliau akan melihat hasil siasatan pihak berkuasa terlebih dulu sebelum membuat sebarang keputusan.

“Biar pihak berkuasa siasat kes kemalangan itu terlebih dahulu sama ada ia berpunca daripada kecuaian pemandu, masalah teknikal atau masalah lain,” katanya.

Menceritakan peribadi Allahyarhamah Nurul Fatihah, 22, beliau berkata anak perempuannya itu bercita-cita mahu menjadi guru sejak di bangku sekolah rendah lagi.

"Saya nampak memang ada ciri-ciri seorang guru dalam diri dia," katanya.

Dalam kemalangan yang berlaku antara 12.30 hingga 1 pagi itu, 15 penuntut UPSI maut selepas bas yang disewa khas dari Jertih ke Tanjung Malim terbalik dalam nahas dengan kenderaan jenis Perodua Alza di JRTB berhampiran Tasik Banding.

Kemalangan itu turut mengakibatkan 33 lagi cedera termasuk pemandu dan kelindan bas serta pemandu dan tiga penumpang Alza.

 -- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan